Wednesday, 20 July 2011

adakah ini ujian dariMu?

Ya Allah, sekiranya apa yang sedang berlaku dalam kehidupan kami ini adalah ujian dari Mu, maka kami memohon agar kuatkanlah hati kami dan tingkatkanlah keimanan kami. Seandainya terdapat kebahagiaan di setiap musibah ini, maka redhakanlah hati kami menerima ujianMu. Sesungguhnya Kau adalah tempat terbaik untuk kami curahkan rasa dan mengadu..

bagaimana nak dikhabarkan akan perasaan seorang ibu yang kini dalam kesedihan mengenangkan anaknya yang dilahirkan dan dibesarkan di depan mata kini menjadi penyakit dan kudis si hatinya itu? bagaimana nak disembunyikan kesedihannya taktala anak itu menjadi racun dalam hidupnya? sedihnya hati hanya dia yang tahu.

seorang ibu kini makannya bagaikan menelan pasir, minumnya bagai racun, tidurnya bagaikan mimpi buruk dan hari-harinya bagaikan tiada lagi sinar bahagia. bagaimana pula perasaan si anak pada masa ini? adakah dia bersama dengan ibunya dan menemani hari-hari ibunya dengan memohon ampun? memohon di halalkan segala yang pernah diberi oleh si ibu semasa memelihara dia? 

tangan ibu itu sungguh suci, adakah dikucupnya untuk memohon ampun dan maaf? pipi ibu tua itu terlalu bermakna adakah dikucupnya bagi menyatakan rasa sayang? terlintaskah di hatinya bagaimana perasaan ibu tua itu? atau gembirakah dia sehingga terasa dia sudah dewasa dan besar tanpa perlukan lagi kemaafan dari ibunya sendiri?

bagaimana pula dengan si ayah yang sanggup berkorban tenaga bagi mencari rezeki untuk membesarkan dan menunaikan keinginan dia? adakah di mata sayu itu terlahir perasaan bahagia taktala dilihat anaknya sebegitu rupa? tangan yang pernah mengazan dan mengiqamatkan kalimah suci semasa dia lahir, yang sentiasa membanting tulang bagi menunaikan hasratnya adakah tangan itu dikucupnya?

adakah ayah itu bukan darah dagingnya? mengapa mesti diingkar setiap katanya? mengapa mesti meletakkan ego sebagai keutamaannya? apakah kudrat ayah itu terlalu murah dan tidak bernilai?

sedarlah wahai anak, kamu lahir kerana mereka. setiap doa mereka merupakan doa yang cepat termakbul di dunia ini, segeralah memohon ampun sebelum terlambat. sedarlah, ego itu hanyalah kesombongan diri kamu bakal pemusnah dalam hati kamu secara senyap.

musnahkan ego dan kucuplah tangan mereka memohon keampunan...semoga dirimu nanti beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.




0 comments:

Post a Comment