Thursday, 19 January 2012

Coretan Suka-suka

Hye semua..dh lama x update blog ni. Sekarang pun dh masuk tahun 2012.,jadi Selamat Tahun Baru semua dan semoga anda semua happy di samping adik-beradik n keluarga tercinta.Sepanjang tahun lepas, tentu banyak pengalaman suka duka yang dilalui oleh kita semua. Semoga tahun ni kita mmpu utk baiki kesilapan n kekalkan kebahagiaan yang terjalin itu,sama juga dgn diri SAYA sendiri. insyaallah.
Saya hanyalah seorang manusia biasa yang menjalani kehidupan sederhana bersama kawan-kawan dan juga keluarga, namun begitu saya juga kadangkala terlupa bahawa manusia ini mempunyai banyak ragamnya. Kadangkala saya juga rasa keliru dengan ragam mereka tetapi saya yakin, bila kita bersikap lapang dada n menerima seadanya, kita akan tahu bahawa peranan kita sebagai seorang rakan adalah sangat besar dan bermakna. Saya juga pernah melalui pengalaman yang menyedihkan terutama berkaitan dengan rakan, siapalah kita untuk melawan apa yang telah ditentukan dalam kehidupan kita. Saya bukan lah sekuat n setabah yang disangka, namun demi memujuk hati n merawat luka dalam diri ini saya kuatkan juga hati n tekad utk melupakan kesedihan itu, Alhamdulillah..Allah itu Maha Adil, dia telah memberikan pengganti kepada saya iaitu seorang rakan yang lebih memahami n beranggungjawab dlm persahaban.
Saya sangat gembira dan bersyukur kerana dia telah hadir di saat saya ditinggalkan oleh rakan baik saya sendiri.Itulah lumrah kehidupan, bila kita membenci kita x sedar yg dibenci itulah sebenarnya kekuatan kita, bila kita menyayangi, kasih sayang itulah akan jadi racun untuk kita, semoga anda semua faham dgn apa yg disampaikan oleh saya. Jadi jalanilah kehidupan kita sebagai diri sendiri n bukan hanya utk bersama org yg kita sayangi shj.

Sunday, 7 August 2011

riang ria ramadhan

Alhamdulillah, tahun ni masih dapat berpuasa walaupun tanpa keluarga tercinta di sisi. Tapi xpe,tiap2 petang mesej tanya mak masak apa hari ni? hihihihi hmm dalam menyambut ramadhan ni rasa syukur sangat sebab masih dapat bertemu dengan bulan yang mulia ni, mudah2an ini bukan ramdahn yang terakhir buat diriku ini. insyaAllah..
Selalunya kalau bulan puasa ni orang ramai suka sebab waktu petang boleh pergi bazar, macam2 juadah yang ada, pelik juga bila bulan puasa juadah yang x penah jumpa masa bulan2 bisa pun boleh jumpa.contohnya, bubur lambuk, aya percik, dan macam2 lagi. (sebenarnya x tahu pun wujud ke x benda alah ni waktu bulan biasa ). 

Hmm sebenarnya banyak sangat kelebihan bulan Ramadhan yang kita semua mungkun x tahu, Allah juga yang Maha Mengetahui segalanya. 
Tapi sedikit sebanyak mungkin saya boleh kongsi bersama anda semua sebagai peringatan untuk kita semua, antara kelebihannya ialah :
1) semua pintu neraka ditutup manakala pintu syurga dibuka seluas-luasnya untuk umat Islam yang berpuasa denga seikhlas hati
2) semua amalan kebaikan atau sunat yang dilakukan pada bulan ini akan di lipatgandakan pahalanya
3) orang yang berpuasa akan diampunkan dosanya ketika dia memohon keampunan pada Allah
4) orang yang berpuasa akan sentiasa merasakan ketenangan hatinya walau dilanda musibah
5) orang yang berpuasa ikhlas kerana Allah juga tidak akan berasa lapar sehingga waktu berbuka

Ini adalah sedikit peringatan untuk kita semua kerana semua kelebihan dan nikmat itu terlindung dari mata dan x terduga oleh akal kita.
Jadi pada semua rakan-rakan blog, selamat berpuasa dan menjalani ibadah terawih dengan tenang :-)
salam sayang dari Cinta Teratai 

Wednesday, 20 July 2011

adakah ini ujian dariMu?

Ya Allah, sekiranya apa yang sedang berlaku dalam kehidupan kami ini adalah ujian dari Mu, maka kami memohon agar kuatkanlah hati kami dan tingkatkanlah keimanan kami. Seandainya terdapat kebahagiaan di setiap musibah ini, maka redhakanlah hati kami menerima ujianMu. Sesungguhnya Kau adalah tempat terbaik untuk kami curahkan rasa dan mengadu..

bagaimana nak dikhabarkan akan perasaan seorang ibu yang kini dalam kesedihan mengenangkan anaknya yang dilahirkan dan dibesarkan di depan mata kini menjadi penyakit dan kudis si hatinya itu? bagaimana nak disembunyikan kesedihannya taktala anak itu menjadi racun dalam hidupnya? sedihnya hati hanya dia yang tahu.

seorang ibu kini makannya bagaikan menelan pasir, minumnya bagai racun, tidurnya bagaikan mimpi buruk dan hari-harinya bagaikan tiada lagi sinar bahagia. bagaimana pula perasaan si anak pada masa ini? adakah dia bersama dengan ibunya dan menemani hari-hari ibunya dengan memohon ampun? memohon di halalkan segala yang pernah diberi oleh si ibu semasa memelihara dia? 

tangan ibu itu sungguh suci, adakah dikucupnya untuk memohon ampun dan maaf? pipi ibu tua itu terlalu bermakna adakah dikucupnya bagi menyatakan rasa sayang? terlintaskah di hatinya bagaimana perasaan ibu tua itu? atau gembirakah dia sehingga terasa dia sudah dewasa dan besar tanpa perlukan lagi kemaafan dari ibunya sendiri?

bagaimana pula dengan si ayah yang sanggup berkorban tenaga bagi mencari rezeki untuk membesarkan dan menunaikan keinginan dia? adakah di mata sayu itu terlahir perasaan bahagia taktala dilihat anaknya sebegitu rupa? tangan yang pernah mengazan dan mengiqamatkan kalimah suci semasa dia lahir, yang sentiasa membanting tulang bagi menunaikan hasratnya adakah tangan itu dikucupnya?

adakah ayah itu bukan darah dagingnya? mengapa mesti diingkar setiap katanya? mengapa mesti meletakkan ego sebagai keutamaannya? apakah kudrat ayah itu terlalu murah dan tidak bernilai?

sedarlah wahai anak, kamu lahir kerana mereka. setiap doa mereka merupakan doa yang cepat termakbul di dunia ini, segeralah memohon ampun sebelum terlambat. sedarlah, ego itu hanyalah kesombongan diri kamu bakal pemusnah dalam hati kamu secara senyap.

musnahkan ego dan kucuplah tangan mereka memohon keampunan...semoga dirimu nanti beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.




Wednesday, 8 June 2011

kahwin

Bila masuk je musim cuti sekolah..kad jempuran kahwin pun mula menimbun dalam peti surat kat rumah tu, abang dan pakcik posmen pun macam dah kena keje part time sebab nak hantar kad kahwin. Hari ni juga mak cik saya yang bongsu melangsungkan perkahwinan dia bersama Mr.S dari Pahang. Tahniah dan selamat pengantin baru ye, semoga semuanya selamat dan berjalan lancar.
Ini pulak kisah dalam bilik saya bersama kakak-kakak bilik pada hari ahad yang lepas, masing-masing rancak mengusik kawan-kawan yang dah bertunang, kahwin dan dapat baby. Hmm, macam-macam di usiknya, tiba-tiba je kami mengalih topik dan mengenakan kakak bilik saya yang bernama Ana dan Mr.A. Saya dan k.yuni sama-sama mengenakan dia dengan membayangkan keadaan dia masa dia kahwin nanti.
Hmm apa lagi, mengamuklah anak dara tu dan habis satu bilik ni di buatnya jadi trek lumba lari. Hihihihi..lepas tu kami kenakan k.yuni pulak bersama Mr.K nye yang tersayang. Macam-macam idea yang keluar waktu tu, tapi bila tiba giliran saya, saya larikan diri n keluar dari bilik. Fuhh, selamat...adil x macam tu? Saya tahu bila dah meningkat dewasa n masing-masing dah matang tentu ada satu perasaan untuk memiliki keluarga dan hidup bersama orang yang di sayangi.
Memang betul, perkahwinan merupakan satu perkara yang paling bahagia dan menyebabkan seseorang itu sempurna, namun pada masa kini timbul pula satu isu yang mengatakan bahawa kahwin pada usia muda ini sangat membosankan kerana x dapat lagi nak enjoy dan takut nanti ganggu kerjaya. Tapi saya faham bahawa setiap manusia ada pandangan yang tersendiri. Pada pandangan saya kahwin pada usia ini boleh mematangkan seseorang itu dan membuat dia lebih bertanggungjawab. Terutama bila ada baby nanti...hihihi( x habis2 ngan baby).
Oklah saya xnk ulas panjang-panjang sebab saya pun x kahwin lagi hihihi (itu yg penting), xpe2 walau apa pun pada yang melangsungkan perkahwinan, tahniah dan selamat pengantin baru. Semoga kekal ke anak cucu dan jangan gaduh2 selalu tau nnt dapat baby jgn lupa bagitahu..hihihi...
luv you

Sunday, 29 May 2011

29 Mei 2011

Hari ni bape hari bulan ye?
oh...29 Mei 2011..hihihi..hari ni hari lahir ayah saya iaitu En Zonkifli bin Che Ahmad.
Malam tadi tepat jam 12 tengah malam saya wish kat ayah saya Selamat Hari Lahir..hmm, tiba-tiba teringat pulak pada pengorbanan ayah selama ni..selama membesar kan kami 6 beradik dan bertungkus lumus mencari rezeki untuk kami sekeluarga. sekarang pulak, ayah dah pencen dan kerja kampung, rasa lagi bertambah beban ayah untuk menyara kami, sungguh pengorbanan ayah tu terlalu besar dan bernilai. walaupun masa kecik-kecik dulu selalu kena marah tapi bila dah besar ni rindu nak kena marah lagi,hihihihi...bukan senang nak dengar Pak Cik Zon ni bebel tau..hihihihi...tapi, ayah tetap yang terbaik pada kami sekeluarga.
Sayangggggggggggg ayah...!!

Friday, 20 May 2011

Titipan Untuk Rakan-rakanku

Selamanya
Teman,
Jika aku pergi dahulu sebelum mu
Jangan kau rasa kehilangan diriku
Percayalah
Aku akan sentiasa berada di sisimu setiap masa
Andai angin bayu berpuput lembut
Bermakna aku ingin bergelak tawa denganmu
Andai bintang berkerlipan
Percayalah aku sedang mendoakan kebahagiaan dan kejayaanmu
Andai panas mentari terik memancar
Manandakan aku inginkan kehadiranmu di sisiku
Andai hujan lebat membasahi bumi
Yakinilah bahawa aku sedang merindui kenangan kita bersama
Biar roh berpisah dari jasad
Namun ikatan ini akan tetap terpahat
Di hati buat selamanya
Walau diri ini tidak dapat lagi bersamamu

Wednesday, 20 April 2011

Pertama kali

Hari yang sangat membahagiakan kerana dapat buat blog .. hihi
jadi, perkara pertama yang ingin di kongsikan bersama rakan-rakan semua adalah mengenai SAHABAT.

dalam kehidupan kita sebagai manusia, kita tentu memerlukan seseorang yang bergelar sahabat, namun sejauh manakan sahabat kita itu akan bergelar sebagai seorang SAHABAT? tanyalah pada diri anda, adakah sekarang ini sahabat anda sedang menemani anda ketika anda dalam kesedihan, kegembiraan dan sebagainya? jika ya jawapan anda, tahniah mungkin itulah sahabat anda yang sebenarnya atau lebih dikenali RAKAN SEJATI.

tetapi sedarlah bahawa kadangkala rakan itu boleh menjadi seorang musuh, dan musuh itu menjadi rakan. hati kita mungkin akan jadi lebih sakit andainya dikhianati oleh rakan sendiri iaitu rakan yang pernah diberi kepercayaan untuk meluahkan segala masalah dan cerita kini tiba-tiba berubah menjadi seorang yang asing dalam hidup kita. kini,sedarkanlah diri kita semua bahawa tidak semua perkara kita boleh luahkan pada rakan kita kerana mereka boleh juga menjadi musuh pada kita.


janganlah sekali-kali membenci orang kerana benci itu akan patah kepada diri kita semula. janganlah sekali kita menyakiti orang kerana kita juga akan disakiti samada kita sedar atau tidak. setiap perkara ada timbal baliknya..kadangkala kita tidak sedar kesalahan yang dilakukan jadi sebagai rakan, mereka seharusnya menegur dan bukannya mendiamkan diri. apabila masalah semakin berlanjutan, dicanang keburukan rakan pada orang lain.

adilkah kita bersikap sedemikian terhadap rakan kita? terdetikkah di hati kita bagaimana tanggapan orang lain pada rakan yang diburukkan, dimana letakknya maruahnya dan perasaanya bila di sisihkan dan di pulaukan oleh orang lain? andai mampu ditafsirkan mungkin sakitnya lebih sakit daripada mendengar cemuhan orang lain. jadi sebagai sorang rakan, sama-samalah kita muhasabah diri kita.adakah kita layak menjadi SAHABAT SEJATI atau kita perlu menjadi sahabat yang hanya ingin mendamping ketika senang dan pergi ketika susah?

akhir kata, manusia tiada yang sempurna namum untuk menjadi sempurna manusia perlulah sentiasa berusaha membaiki diri dari masa ke semasa. renung-renungkalah seketika siapa diri kita ini? layakkah kita menghukum orang lain dan memuaskan hati kita apabila melihat rakan kita jatuh di hadapan mata kita?